OST Ramadhan Terakhir
Anda sedang mendengar:
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku
Dari Runut Bunyi:
Ramadhan Terakhir

BUZZ

Borak Lokasi: 13 tahun di belakang tabir
Oleh | 07 November 2008 06:36 PM

Anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan ini mula bekerja di belakang tabir dengan produksi HVD sejak 1996. Sebelum kegawatan ekonomi, Norhisyam sempat bekerja sebagai penolong jurukamera untuk drama Kota Setia pada 1997.

"Apabila berlaku kegawatan ekonomi, saya hanya buat kerja sambilan di bahagian audio (penata bunyi) dan bahagian pencahayaan serta menjadi penata cahaya pada 2001.

"Saya buat kerja belakang tabir lebih 13 tahun kerana minat dan berpengalaman sebagai penata cahaya selama lapan tahun.

Saya bermula sebagai penolong jurukamera, penolong juruaudio, juruaudio, penolong penata cahaya sehinggalah ke penata cahaya," katanya.

Dia pernah terbabit sebagai penata cahaya untuk drama Sutun Dua (Radius One), Janji Diana bahagian satu (Skop Production) dan Takdir Yang Terindah (Suhan Movies).

Norhisyam yang bercita-cita menjadi jurukamera produksi berkata, tugas sebagai penata cahaya tidak mudah seperti yang disangka.

"Tugas penata cahaya berbeza daripada penata bunyi. Lampu yang digunakan kena fleksibel dan ia bergantung pada lokasi penggambaran yang ditetapkan.

"Saya juga tidak berhadapan dengan masalah pencahayaan ketika buat drama bersiri Rona Roni Makaroni kerana peralatan produksi ini lengkap seperti Kino flo (lampu pencahayaan dalam penggambaran drama) yang memudahkan kerja saya," katanya.

Dipetik dari MyMetro.

  • Respon Anda
  • Sila log masuk untuk menghantar komen.