OST Ramadhan Terakhir
Anda sedang mendengar:
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku
Dari Runut Bunyi:
Ramadhan Terakhir

BUZZ

Borak Lokasi: Dunia Melayu aura Perancis
Oleh Administrator | 07 November 2008 06:30 PM

Selain masalah cuaca tidak menentu, pelakon utama, Sharifah Sofea yang memegang watak Gia dan sudah menjayakan beberapa episod drama itu terpaksa menarik diri dan digantikan dengan pendatang baru, Dira Abu Zahar pada saat akhir.

"Sebenarnya, kawan rapat yang banyak membantu saya menyelamatkan projek drama ini. Pada peringkat awal, saya memang tidak berminat untuk buat drama ini kerana karekternya juga 'streotype' buat saya.

"Tapi, rupa-rupanya inilah drama terbaik setakat ini dan benar-benar menampilkan kelainan. Apa yang menarik, Sharifah Amani berjaya membawa watak Rona yang benar-benar mencabar kredibilitinya sebagai pelakon dalam drama ini.

"Kita akan dapat melihat perubahan karakter, bahasa tubuh dan cara dia menjiwai wataknya sebagai gadis kampung dari Perak dan bekerja di kilang dengan baik. Boleh dikatakan ia karakter paling berat yang pernah dibawanya," katanya.

Ezad berkata, hubungannya dengan pelakon dan kru drama bersiri itu bagaikan sebuah keluarga besar.

"Apabila orang bertanya, kenapa saya ketengahkan muka sama dalam drama sebabnya kerana saya mudah bekerjasama dengan mereka sekali gus tidak menimbulkan masalah.

"Saya juga tidak ada masalah bergaul dengan semua kru produksi dan pelakon yang terbabit dalam drama saya dari watak utama hinggalah pembantu. Apa yang penting, mereka menghormati saya sebagai pengarah dan penerbit," katanya.

Ezad berkata, drama Rona Roni Makaroni itu cukup bermakna buatnya kerana ia 'comeback'nya dengan produksi Astro.

Kali pertama, dia pernah menjayakan telefilem untuk Astro ialah pada 1997.

"Saya juga teruja untuk buat drama bersiri ini. Saya perlu buat yang terbaik untuk mendapat kepercayaan Astro kerana masih baru dengan mereka.

"Terus terang, saya memang suka ketengahkan muka baru dalam drama kerana kita susah hendak buat drama tanpa pelakon pelapis," katanya.

Ezad berkata, Rona Roni Makaroni juga bukan sambungan cerita Sindarela.

"Idea asal drama itu dihasilkan penulis Inas Mokhtar. Saya juga mengubah 80 peratus daripada idea penulis asal termasuk dari segi karakternya supaya jalan ceritanya lebih menarik.

"Pada masa sama, saya buat cerita ini memang untuk peminat Sindarella yang tidak puas hati dengan penutup cerita itu dulu. Sebenarnya, realiti cerita Sindarela memang begitu. Kali ini, saya akan terus melayan impian peminat sekali lagi. Sebenarnya, cerita ini benar-benar berbeza daripada Sindarela termasuk jalan cerita dan pelakonnya," katanya.

Menurut Ezad berkata, cerita Rona Roni Makaroni juga berbeza dengan Sindarela kerana ia tiada watak jahat kerana semua watak dalam cerita itu adalah kelabu.

Dipetik dari MyMetro

  • Respon Anda
  • Sila log masuk untuk menghantar komen.