OST Ramadhan Terakhir
Anda sedang mendengar:
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku
Dari Runut Bunyi:
Ramadhan Terakhir

BUZZ

Borak Lokasi: Ikhwan gementar jadi pengarah seni drama
Oleh | 07 November 2008 06:30 PM

Anak kelahiran Kampung Umbai, Melaka yang menetap di Keramat, Kuala Lumpur dan masih bujang ini pernah menjadi propsman dalam drama bersiri Sindarela, Emil Emelda dan Abang, Mak Panggil Balik.

Sekalipun sudah ada pengalaman bekerja di belakang tabir, pemegang Diploma Komunikasi Visual, Institut Integratif Media Malaysia ini

mengakui tetap gementar kerana ia kali pertama diberi kepercayaan sebagai pengarah seni dalam projek drama bersiri 13 episod itu.

"Saya bersedia menyahut cabaran pengarah sebab minat mendalam dalam kerja belakang tabir ini sekali gus penghargaan besar buat saya. Maklumlah, bidang yang saya pelajari sebelum ini lebih kepada multimedia dan grafik. Bagaimanapun, ia pengalaman baru buat saya," katanya.

Ikhwan, 28, berkata, pengarah seni juga perlu berfikiran jauh.

"Sebenarnya, banyak kerja perlu dilakukan untuk mengubah restoran Melayu kepada konsep Perancis.

Sebagai persediaan, saya perlu buat kajian mendalam termasuk melayari Internet sebelum mengubah reka letak meja makan.

"Sebelum penggambaran drama ini yang bermula pada 15 Oktober lalu, kami buat kerja praproduksi terlebih dulu.

"Saya perlu sediakan peralatan yang diperlukan penggambaran seperti dikehendaki pengarah," katanya.

Ikhwan berkata, tugas sebagai pengarah seni juga mempunyai cabaran tersendiri.

Dipetik dari MyMetro

  • Respon Anda
  • Sila log masuk untuk menghantar komen.