OST Ramadhan Terakhir
Anda sedang mendengar:
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku
Dari Runut Bunyi:
Ramadhan Terakhir

BUZZ

Pra-pelancaran Laman Web Terbaru Radius One
Oleh | 16 Januari 2008 03:45 PM

Laman web Radius One versi terbaru telah mula beroperasi sejak pra-lancar pada hari Isnin, 14 Januari 2008. Harap kewujudan laman web ini akan mengeratkan lagi hubungan antara pihak Radius One Sdn Bhd dan penonton produksi ini.

Sementara itu, pihak Radius One sedang merancang untuk menambah modul-modul dan laman-laman baru untuk melengkapkan laman web ini. Antaranya adalah ruangan Bakat Baru, di mana Radius One akan membuat ujibakat (casting) secara online untuk mencari bakat-bakat baru yang mungkin bakal menjadi pelapis pelakon-pelakon akan datang. Bakat-bakat baru ini juga akan dijadikan sebagai pelakon residen dibawah penjagaan Radius One Sdn Bhd.

Antara ruang baru yang lain adalah ruangan Bank Idea, di mana ahli geng RadiusOne.com.my boleh menyumbangkan idea untuk pembikinan produk-produk baru. Ruangan ini juga bakal membuka peluang kepada ahli-ahli geng RadiusOne.com.my untuk terlibat secara aktif terhadap penghasilan idea baru dan produk baru.

Radius One juga menyusun perancangan untuk memuatkan laman Promosi di mana di sini pihak Radius One dapat menganjurkan sebarang permainan mudah secara online yang bertujuan mempromosi produk-produk terbaru Radius One.

Pada masa akan datang, Radius One juga merancang untuk menganjurkan sesi bertemu peminat, kelab peminat, acara keluarga bersama peminat dan sebagainya.

Jadilah ahli Radius One sekarang. Mungkin anda berpeluang untuk mengikuti sesi penggambaran bersama Radius One di masa akan datang.

  • Respon Anda
  • Sila log masuk untuk menghantar komen.