PRODUKSI

Pengarah: Heykal Hanifah.
Dikemas kini kali terakhir: 06 November 2009 07:48 PM
-
Sinopsis
Balqis seorang gadis kampung yang bekerja di ladang kelapa sawit bersama ibunya dan telah lama kematian ayah. Namun dia sering memberontak kerana dia mahukan kehidupan yang lebih baik, bukannya bekerja di ladang sawit yang baginya tidak boleh memajukan dirinya. Hasan, kawan baiknya sejak kecil yang dalam diam turut menaruh hati padanya hanya mampu menasihatinya. Ibu Balqis, Mak Wok dan emak Hasan juga berkwan baik dan berharap agar Hasan dan Balqis akan berkahwin namun Balqis tetap enggan.
Puan Habsah diberitahu oleh suaminya, Tuan Baharom, pemilik ladang sawit di kampung itu, bahawa anak lelakinya (anak tiri Habsah) akan pulang setelah tamat belajar. Habsah pura-pura suka, namun sebaliknya dia amat membenci anak tirinya itu, Ezany. Ezany pula bersemangat untuk membantu papanya di ladang. Habsah dan anak saudaranya, Mukriz merancang sesuatu yang buruk kepada Ezany.


