PRODUKSI

Pengarah: Heykal Hanifah.
Dikemas kini kali terakhir: 06 November 2009 07:48 PM
- Senarai Episod
-
Episod 1 - Siaran: 02 November 2009 (TV3)
Episod 10.0/10.0Balqis seorang gadis kampung yang bekerja di ladang kelapa sawit bersama ibunya dan telah lama kematian ayah. Namun dia sering memberontak kerana dia mahukan kehidupan yang lebih baik, bukannya bekerja di ladang sawit yang baginya tidak boleh memajukan dirinya. Hasan, kawan baiknya sejak kecil yang dalam diam turut menaruh hati padanya hanya mampu menasihatinya. Ibu Balqis, Mak Wok dan emak Hasan juga berkwan baik dan berharap agar Hasan dan Balqis akan berkahwin namun Balqis tetap enggan. Puan Habsah diberitahu oleh suaminya, Tuan Baharom, pemilik ladang sawit di kampung itu, bahawa anak lelakinya (anak tiri Habsah) akan pulang setelah tamat belajar. Habsah pura-pura suka, namun sebaliknya dia amat membenci anak tirinya itu, Ezany. Ezany pula bersemangat untuk membantu papanya di ladang. Habsah dan anak saudaranya, Mukriz merancang sesuatu yang buruk kepada Ezany. Penilaian Anda -
Episod 2 - Siaran: 03 November 2009 (TV3)
Episod 20.0/10.0Ezany yang masuk ke dalam ladang seorang diri berhadapan masalah apabila jeepnya pancit dan telefonnya pula kehabisan bateri angkara Mukriz dan kuncunya atas arahan Habsah. Ezany agak cemas kerana tidak biasa dengan keadaan di dalam ladang itu. Dalam keadaan kalut itu, Ezany dan Balqis bertembung di dalam ladang ketika Balqis sedang berlari menahan sakit perut. Mak Wok menyangkakan yang Ezany telah merogol Balqis. Ketika itu juga, berita kehilangan Ezany tersebar di seluruh ladang. Tuan Baharom dan Puan Habsah bimbangkan anak mereka yang baru sehari sampai ke kampung itu. Sejak peristiwa itu, Balqis dan Ezany mula angau dan asyik terbayangkan pertemuan mereka. Penilaian Anda -
Episod 3 - Siaran: 04 November 2009 (TV3)
Episod 30.0/10.0Siti masih cuba memikat Hasan dan sering mencari jalan memburukkan Balqis namun Hasan melayan ala kadar dan tetap mempertahankan Balqis. Habsah pula asyik memanjakan Ezany dan tidak mahu Ezany menguruskan ladang kerana dia dan anak saudaranya, Mukhriz mempunyai rancangan untuk membolot harta Tuan Baharom. Mukhriz juga sering menyeleweng duit dan baja-baja ladang atas arahan Habsah. Habsah pula sering melarang Ezany dari pergi ke ladang membantu papanya. Hasan gembira apabila Tuan Baharom melantiknya menjadi ‘supervisor’ disebabkan sikapnya yang jujur dan rajin, tambahan pula Hasan telah membantu Ezany ketika dia tersesat di ladang. Ezany pergi ke ladang untuk mengucapkan terima kasih kepada Mak Wok, Mak Biah, Hasan dan Balqis dan memang niat sebenarnya hendak bertemu Balqis. Balqis semakin angau sampaikan dia membatalkan hasrat hendak pergi makan bersama-sama emaknya, Mak Biah dan Hasan bagi meraikan kenaikan pangkat Hasan. Mak Wok geram melihat perangai Balqis. Penilaian Anda -
Episod 4 - Siaran: 05 November 2009 (TV3)
Episod 40.0/10.0Hasan agak kecewa kerana Balqis tidak menyertai mereka makan bersama pada malam itu. Mak Biah tahu yang Hasan sayangkan Balqis tetapi Mak Biah bengang kerana Hasan tidak cuba memikat atau berterus terang kepada Balqis. Hasan pula tahu yang Balqis menaruh hati kepada Ezany sejak peristiwa di ladang tempoh hari. Ezany pula memberitahu Habsah yang dia tetap mahu bekerja di ladang membantu papanya. Habsah terpaksa akur. Pada hari pertama bekerja, Ezany terserempak dengan Balqis dan Mak Wok dan Ezany menumpangkan mereka ke ladang. Perasaan Balqis dan Ezany semakin mekar. Mak Wok pula tak suka dengan perkembangan itu. Ezany mula bekerja menggantikan tempat Mukhriz dengan bantuan dari Hasan dan dia mula curiga dengan Mukhriz namun Hasan cepat-cepat mengalihkan perhatian Ezany. Siti pula sudah sedar kesilapannya memfitnah Balqis dan dia meminta maaf dari Balqis kerana dia akan ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Penilaian Anda -
Episod 5 - Siaran: 09 November 2009 (TV3)
Episod 50.0/10.0Ezany kerap menumpangkan Balqis dan Mak Wok yang hendak ke ladang. Balqis suka, malah mula berubah penampilan untuk kelihatan cantik di hadapan Ezany. Ezany pula mula menyiasat kemungkinan yang Mukhriz menjual stok baja syarikat kepada orang luar. Habsah beriya mempertahankan anak saudaranya itu dan memujuk suaminya dan Ezany agar tidak memecat Mukhriz. Hubungan Ezany dan Balqis semakin rapat. Mereka sering keluar bersama dan Ezany telah meluahkan perasannya kepada Balqis. Balqis gembira namun Mak Wok tetap tidak merestui perhubungan mereka kecuali dengan Hasan. Percintaan mereka juga telah dapat dihidu oleh Mukhriz yang kemudiannya melaporkan kepada Habsah. Habsah mula merancang sesuatu untuk menjatuhkan Ezany. Mak Wok dan Mak Biah pula amat berharap agar Hasan dan Balqis segera disatukan. Balqis resah dengan cadangan emaknya itu. Penilaian Anda -
Episod 6 - Siaran: 10 November 2009 (TV3)
Episod 60.0/10.0Mak Biah memberitahu Mak Wok yang dia akan datang untk merisik Balqis. Balqis memberitahu perkara itu kepada Ezany dan Ezany menasihati Balqis agar berterus terang kepada Hasan tentang perasaannya. Hasan amat kecewa namun akur dan menyuruh emaknya membatalkan hasrat merisik Balqis dengan alasan dia menganggap Balqis seperti adik sendiri. Mak Wok akur apabila Mak Biah memberitahu tentang hal itu namun dia tahu ini adalah rancangan Balqis sendiri. Balqis sedih kerana terpaksa menghampakan perasaan emaknya , Hasan dan juga Mak Biah. Habsah memberitahu Baharom yang Ezany sedang bercinta dengan pekerja ladang mereka. Habsah mula menghasut suaminya dengan memburuk-burukkan Balqis. Penilaian Anda -
Episod 7 - Siaran: 11 November 2009 (TV3)
Episod 70.0/10.0Habsah bengang kerana sejak Ezany bekerja di ladang, dia dan Mukriz semakin ‘kering’ disebabkan pengurusan ladang yang semakin cekap dan mereka tidak lagi bebas menyeleweng harta syarikat. Habsah menggunakan isu percintaan Ezany dan Balqis untuk memecah belahkan hubungan Baharom dan Ezany. Habsah memeberitahu Baharom yang Balqis seorang gadis yang tak senonoh. Kepada Ezany pula, Habsah memberitahu yang papanya tidak akan menerima Balqis sedangkan Ezany nekad dan memang menyayangi Balqis sepenuh hati. Ezany cuba berbaik dan cuba mengambil hati Mak Wok namun Mak Wok tetap tidak mahu menerima apatah lagi merestui hubungan anaknya itu. Baharom juga memberitahu Ezany yang dia takkan menerima Balqis sebagai menantunya. Ezany dan Balqis buntu kerana hubungan mereka ditentang keluarga masing-masing. Namun Habsah yang kononnya bersimpati dengan Ezany mencadangkan satu jalan kepada Ezany iaitu kahwin lari! Penilaian Anda -
Episod 8 - Siaran: 12 November 2009 (TV3)
Episod 80.0/10.0Balqis meminta bantuan dari Hasan untuk dia dan Ezany pergi dari kampung itu dan meminta Hasan menjaga Mak Wok sepeninggalannya nanti. Mak Wok benar-benar menyangka yang Balqis dan Hasan sebenarnya ada hubungan kerana dia ternampak Hasan memberi hadiah kepada Balqis. Baharom pula gembira dan berterima kasih kerana anggapannya Habsah telah menjaga dan menyayangi Ezany sehingga Ezany sanggup memutuskan hubungannya dengan Balqis. Padahal dendam Habsah terhadap Baharom masih utuh kerana dia terpaksa meninggalkan dua orang anaknya yang masih kecil untuk berkahwin dengan Baharom disebabkan Baharom mahu Habsah mencurahkan sepenuh kasih sayang seorang ibu kepada Ezany seorang. Pagi Jumaat itu, Balqis dan Ezany membuat helah tidak pergi bekerja. Mereka meneruskan rancangan untuk berkahwin di sempadan. Hasan sayu dan sedih manakala Habsah berasa puas. Baharom marah kerana Ezany tidaka hadir ke pejabat untuk satu mesyuarat penting. Dia mencari Ezany di ladang namun gagal. Dia berjumpa dengan Mak Wok dan mula menghina Balqis. Mak Wok cuba mempertahankan Balqis. Dia pulang ke rumah diikuti oleh Hasan dan Encik Baharom. Setiba di rumah Mak Wok amat terkejut dan kecewa apabila membaca sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Balqis. Hasan hanya membisu. Penilaian Anda

