OST Ramadhan Terakhir
Anda sedang mendengar:
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku
Dari Runut Bunyi:
Ramadhan Terakhir

PRODUKSI

Cinta Balqis (2009)
Pengarah: Heykal Hanifah.
Dikemas kini kali terakhir: 06 November 2009 07:48 PM

  • Episod 3 - Siaran: 04 November 2009 (TV3)
    Episod 3
    0.0/10
    0 hit.
    Siti masih cuba memikat Hasan dan sering mencari jalan memburukkan Balqis namun Hasan melayan ala kadar dan tetap mempertahankan Balqis. Habsah pula asyik memanjakan Ezany dan tidak mahu Ezany menguruskan ladang kerana dia dan anak saudaranya, Mukhriz mempunyai rancangan untuk membolot harta Tuan Baharom. Mukhriz juga sering menyeleweng duit dan baja-baja ladang atas arahan Habsah. Habsah pula sering melarang Ezany dari pergi ke ladang membantu papanya. Hasan gembira apabila Tuan Baharom melantiknya menjadi ‘supervisor’ disebabkan sikapnya yang jujur dan rajin, tambahan pula Hasan telah membantu Ezany ketika dia tersesat di ladang. Ezany pergi ke ladang untuk mengucapkan terima kasih kepada Mak Wok, Mak Biah, Hasan dan Balqis dan memang niat sebenarnya hendak bertemu Balqis. Balqis semakin angau sampaikan dia membatalkan hasrat hendak pergi makan bersama-sama emaknya, Mak Biah dan Hasan bagi meraikan kenaikan pangkat Hasan. Mak Wok geram melihat perangai Balqis.
    Penilaian AndaMasukkan Ulasan Anda