Azfar
Dari Runut Bunyi:
Syurgamu Ramadhan

PRODUKSI

Cinta Balqis (2009)
Pengarah: Heykal Hanifah.
Dikemas kini kali terakhir: 06 November 2009 07:48 PM

  • Episod 4 - Siaran: 05 November 2009 (TV3)
    Episod 4
    0.0/10
    0 hit.
    Hasan agak kecewa kerana Balqis tidak menyertai mereka makan bersama pada malam itu. Mak Biah tahu yang Hasan sayangkan Balqis tetapi Mak Biah bengang kerana Hasan tidak cuba memikat atau berterus terang kepada Balqis. Hasan pula tahu yang Balqis menaruh hati kepada Ezany sejak peristiwa di ladang tempoh hari. Ezany pula memberitahu Habsah yang dia tetap mahu bekerja di ladang membantu papanya. Habsah terpaksa akur. Pada hari pertama bekerja, Ezany terserempak dengan Balqis dan Mak Wok dan Ezany menumpangkan mereka ke ladang. Perasaan Balqis dan Ezany semakin mekar. Mak Wok pula tak suka dengan perkembangan itu. Ezany mula bekerja menggantikan tempat Mukhriz dengan bantuan dari Hasan dan dia mula curiga dengan Mukhriz namun Hasan cepat-cepat mengalihkan perhatian Ezany. Siti pula sudah sedar kesilapannya memfitnah Balqis dan dia meminta maaf dari Balqis kerana dia akan ke Kuala Lumpur untuk bekerja.
    Penilaian AndaMasukkan Ulasan Anda