Azfar
Dari Runut Bunyi:
Syurgamu Ramadhan

PRODUKSI

Cinta Balqis (2009)
Pengarah: Heykal Hanifah.
Dikemas kini kali terakhir: 06 November 2009 07:48 PM

  • Episod 5 - Siaran: 09 November 2009 (TV3)
    Episod 5
    0.0/10
    0 hit.
    Ezany kerap menumpangkan Balqis dan Mak Wok yang hendak ke ladang. Balqis suka, malah mula berubah penampilan untuk kelihatan cantik di hadapan Ezany. Ezany pula mula menyiasat kemungkinan yang Mukhriz menjual stok baja syarikat kepada orang luar. Habsah beriya mempertahankan anak saudaranya itu dan memujuk suaminya dan Ezany agar tidak memecat Mukhriz. Hubungan Ezany dan Balqis semakin rapat. Mereka sering keluar bersama dan Ezany telah meluahkan perasannya kepada Balqis. Balqis gembira namun Mak Wok tetap tidak merestui perhubungan mereka kecuali dengan Hasan. Percintaan mereka juga telah dapat dihidu oleh Mukhriz yang kemudiannya melaporkan kepada Habsah. Habsah mula merancang sesuatu untuk menjatuhkan Ezany. Mak Wok dan Mak Biah pula amat berharap agar Hasan dan Balqis segera disatukan. Balqis resah dengan cadangan emaknya itu.
    Penilaian AndaMasukkan Ulasan Anda