OST Ramadhan Terakhir
Anda sedang mendengar:
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku
Dari Runut Bunyi:
Ramadhan Terakhir

PRODUKSI

Cinta Balqis (2009)
Pengarah: Heykal Hanifah.
Dikemas kini kali terakhir: 06 November 2009 07:48 PM

  • Episod 8 - Siaran: 12 November 2009 (TV3)
    Episod 8
    0.0/10
    0 hit.
    Balqis meminta bantuan dari Hasan untuk dia dan Ezany pergi dari kampung itu dan meminta Hasan menjaga Mak Wok sepeninggalannya nanti. Mak Wok benar-benar menyangka yang Balqis dan Hasan sebenarnya ada hubungan kerana dia ternampak Hasan memberi hadiah kepada Balqis. Baharom pula gembira dan berterima kasih kerana anggapannya Habsah telah menjaga dan menyayangi Ezany sehingga Ezany sanggup memutuskan hubungannya dengan Balqis. Padahal dendam Habsah terhadap Baharom masih utuh kerana dia terpaksa meninggalkan dua orang anaknya yang masih kecil untuk berkahwin dengan Baharom disebabkan Baharom mahu Habsah mencurahkan sepenuh kasih sayang seorang ibu kepada Ezany seorang. Pagi Jumaat itu, Balqis dan Ezany membuat helah tidak pergi bekerja. Mereka meneruskan rancangan untuk berkahwin di sempadan. Hasan sayu dan sedih manakala Habsah berasa puas. Baharom marah kerana Ezany tidaka hadir ke pejabat untuk satu mesyuarat penting. Dia mencari Ezany di ladang namun gagal. Dia berjumpa dengan Mak Wok dan mula menghina Balqis. Mak Wok cuba mempertahankan Balqis. Dia pulang ke rumah diikuti oleh Hasan dan Encik Baharom. Setiba di rumah Mak Wok amat terkejut dan kecewa apabila membaca sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Balqis. Hasan hanya membisu.
    Penilaian AndaMasukkan Ulasan Anda