PRODUKSI

Pengarah: Sharulezad Mohameddin.
Dikemas kini kali terakhir: 25 Ogos 2009
- Senarai Episod
-
Episod 1 - Siaran: 05 Februari 2008 (TV3)
Episod 19.0/10.0Hasil kerja Zoela yang mempersembahkan karya Cinderella versi gelap dan berisi ideanya yang tersendiri telah ditolak oleh pensyarah-nya bulat-bulat. Zoela turut dipertemukan dengan Hussein dalam satu insiden yang tidak diduga. Manakala Tengku Adnan dimaklumkan akan penyakit ganjil-nya yang tidak mungkin dapat disembuhkan lagi. Dalam masa yang sama, Tengku Majid menggesa Tengku Adnan untuk mewarisi takhta kerajaan Inderapura. Sedangkan tanpa disedari, Tengku Adnan diekori oleh seseorang yang misteri. Saksikan Sindarela malam ini, hanya di TV3. Penilaian Anda -
Episod 2 - Siaran: 12 Februari 2008 (TV3)
Episod 210.0/10.0Zoela bergaduh besar dengan mak tirinya, Makcik Mary dan Faizul. Ini menyebabkan dia dihalau keluar dari rumah. Naema, kawan rapat Zoela cuba membantu Zoela menghadapi perkara ini. Episod 2 juga membawa kita mengimbas peristiwa silam semasa Tengku Adnan masih muda di mana dia ingin melarikan diri untuk kembali ke istana setelah tidak sanggup menanggung kesusahan hidup setelah dihalau keluar dari istana apabila dia mengambil keputusan untuk mengahwini wanita kesayangan nya, Sarimah. Peristiwa silam ini membuatkan Tengku Adnan selalu bermimpi ngeri. Bagaikan Sarimah akan kembali untuk membunuhnya. Zohara pula cuba menghalang Tengku Adnan dari memegang takhta kerajaan Inderapura. Penilaian Anda -
Episod 3 - Siaran: 19 Februari 2008 (TV3)
Episod 38.3/10.0Setelah dihalau oleh Makcik Mary; Zoela tiada tempat untuk menetap sehinggakan dia terpaksa tidur di luar pintu rumah Naema. Naema cuba membantu Zoela dengan menolong Zoela mencari kerja dan bersabar dengan kerenah Zoela yang memilih perkerjaan. Sehinggalah Zoela berjaya mendapatkan perkerjaan sambilan di sebuah kedai dobi. Namun, Zoela gagal bertahan walaupun sehari. Terutamanya dengan kemunculan Hussein yang secara kebetulan menghantar pakaian untuk dicuci di kedai dobi tersebut. Tengku Adnan pula mula menyimpan rasa curiga dengan Zohara. Tasha dan Tushee, anak-anak tiri Tengku Adnan bergaduh tentang wasiat. Ini menyebabkan Tengku Adnan merasa lebih tidak tenteram. Ditambah pula, Tengku Adnan terus dihantui oleh orang misteri yang cuba membangkitkan kisah silamnya. Manakala di Inderapura, berita tentang Tengku Haidar yang semakin liar keluar dalam paparan media. Puteri Rania merasa sangat geram setelah mendapat tahu berita hangat ini. Tuanku dan Bonda Permaisuri juga tidak dapat menahan perasaan malu dan murka dengan laporan-laporan media ini. Hussein pula mula menyimpan perasaan cemburu setelah terserempak dengan Ayu yang keluar dengan bosnya. Penilaian Anda -
Episod 4 - Siaran: 26 Februari 2008 (TV3)
Episod 49.7/10.0Zoela sekali lagi terlibat dengan kemalangan. Tetapi kali ini kemalangan ini memperkenalkan Zoela dengan Ayu, sekaligus membawa Zoela ke sebuah bengkel di mana dia mendapat pekerjaan baru. Tanpa dia sedari, bengkel itu sebenarnya milik Hussein. Tengku Haidar pula hadir menghadap Tuanku dan Bonda Permaisuri setelah berita buruk tentang perlakuannya yang kuat berhibur tersebar di dada akhbar dan majalah hiburan sensasi. Tuanku dan Bonda Permaisuri semakin tertekan dengan sikap Tengku Haidar yang tidak mengendahkan tanggungjawabnya sebagai seorang pemangku raja. Manakala, Naema memberanikan diri untuk memulakan perbualan dengan Butang. Ini sedikit sebanyak menggembirakan Butang yang memang menyimpan perasaan terhadap Naema. Tengku Adnan pula terus diburu oleh bayangan manusia misteri yang masih belum dikenal pasti tujuan nya menakut-nakutkan Tengku Adnan dengan sejarah-sejarah silamnya. Namun, dia telah menerima MMS yang mengandungi gambar Zoela. Tengku Adnan semakin keliru kerana dia tidak kenal siapa Zoela. Dalam masa yang sama dia mengesyaki Zohara berlaku curang dibelakangnya sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mengekori Zohara. Tushee juga mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tindak tanduk ibunya, Zohara. Penilaian Anda -
Episod 5 - Siaran: 04 Mac 2008 (TV3)
Episod 58.0/10.0Amaran: Sinopsis ini mengandungi spoiler.
Selepas Tengku Adnan mendapat tahu Zohara terlibat dengan pakatan sulit untuk merampas harta miliknya malah mempunyai hubungan luar dengan lelaki lain, dia cuba memberitahu peguam yang menguruskan hartanya, Tania untuk menguruskan semua harta bendanya termasuk mencari warisnya, Zoela. Butang muncul di pejabatnya memecahkan segala misteri yang menghantui Tengku Adnan selama ini. Butang mendedahkan bahawa Zoela adalah anak kepada Tengku Adnan dan Sarimah yang dicari selama ini. Dia juga mendedahkan bahawa Butang merupakan anak luar nikah kepada Tengku Adnan. Tengku Adnan merasa terkejut dengan pendedahan itu. Butang juga menyampaikan berita sedih bahawa Sarimah sudah meninggal selepas tidak tahan menanggung penderitaan ditinggalkan.
Kejadian yang tidak diduga berlaku. Butang dengan tidak sengaja melepaskan tembakan kepada Tengku Adnan. Ini menyebabkan Butang diburu perasaan takut dan bersalah. Dia melarikan diri dan cuba untuk tidak bertanggungjawab terhadap kematian Tengku Adnan.
Berita kematian Tengku Adnan mengejutkan banyak pihak terutamanya pihak istana negara Inderapura. Zohara terus berpura-pura menunjukkan kesedihan terhadap kematian Tengku Adnan di hadapan kerabat di-raja Inderapura terutamanya di hadapan Bonda Permaisuri dan Bonda Rania. Tasha pula hampir tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya terhadap kemangkatan Tengku Adnan. Dia cuba menggoda Tengku Haidar semasa majlis berkabung di Istana Inderapura.
Manakala Tengku Haidar tidak menyenangi kemunculan Puteri Rania. Pertengkaran kecil berlaku di antara Tengku Haidar dan Puteri Rania. Puteri Rania cuba memaksa Tengku Haidar untuk memegang takhta kerajaan Inderapura sedangkan Tengku Haidar sebaliknya. Ini kerana Puteri Rania ingin menjadi Permaisuri negara Inderapura. Namun disebalik pertengkaran itu, Tengku Haidar dan Rania berjaya mengaburi tetamu terhadap perhubungan mereka.
Dalam masa yang sama, Sultan Malik cuba memujuk Tengku Majid untuk mewarisi takhta kerajaan Inderapura.
Hussein dan Zoela pula akhirnya bertemu muka. Zoela cuba melarikan diri menyangkakan Hussein akan menghalau dia dari bekerja di bengkel milik Hussein. Namun, perkara yang sebaliknya pula berlaku. Hussein mahu Zoela terus bekerja di situ.Penilaian Anda -
Episod 6 - Siaran: 11 Mac 2008 (TV3)
Episod 65.5/10.0Amaran: Sinopsis ini mengandungi spoiler.
Hussein merasa terkilan dengan sikap Ayu. Ayu semakin susah untuk didekati. Hussein menunjukkan protes terhadap Ayu kerana Ayu mungkir janji. Dia melepaskan semua kekeliruan dan perasaan yang terpendam itu kepada Zoela. Zoela cuba membantu sebaik boleh.
Daniel, bos kepada Ayu pula cuba meracuni pemikiran Ayu supaya dia dapat memiliki Ayu.
Zoela berjaya menghantar kerja rumah yang dibuat oleh orang lain kepada pensyarahnya melalui tipu helah. Dia telah mengupah orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya.
Butang dihantui dengan perasaan bersalah di atas kematian Tengku Adnan sehinggakan dia mengalami halusinasi dan hampir histeria. Dia hampir-hampir mencederakan Naima. Naima pula cuba memulangkan buku yang ditinggalkan oleh Butang semasa mereka bertemu di bawah tangga. Akhirnya, Naima berjaya berkenalan dengan Butang walaupun situasi sangat janggal.
Zohara dengan ditemani Tengku Majid, Tasha dan Tushee berjumpa dengan Tania, peguam yang menguruskan harta Tengku Adnan. Tasha berasa gembira kerana cita-citanya untuk mewarisi harta benda Tengku Adnan semakin terlaksana. Tushee merasa terkejut apabila mendapati Zohara dan Tengku Majid berdua dalam keadaan yang sangat mencurigakan.
Tania pula berjaya mendapatkan lokasi Zoela. Lantas dia terus menuju ke lokasi tersebut. Dia membawa berita yang sangat mengejutkan Zoela dan orang di sekelilingnya. Berita itu bukan sahaja mengubah kehidupan Zoela, malah orang-orang disekelilingnya.
Zoela adalah seorang puteri raja.Penilaian Anda


