PRODUKSI

Pengarah: Sharulezad Mohameddin.
Dikemas kini kali terakhir: 25 Ogos 2009
-
Episod 4 - Siaran: 26 Februari 2008 (TV3)
Episod 49.7/100 hit.Zoela sekali lagi terlibat dengan kemalangan. Tetapi kali ini kemalangan ini memperkenalkan Zoela dengan Ayu, sekaligus membawa Zoela ke sebuah bengkel di mana dia mendapat pekerjaan baru. Tanpa dia sedari, bengkel itu sebenarnya milik Hussein. Tengku Haidar pula hadir menghadap Tuanku dan Bonda Permaisuri setelah berita buruk tentang perlakuannya yang kuat berhibur tersebar di dada akhbar dan majalah hiburan sensasi. Tuanku dan Bonda Permaisuri semakin tertekan dengan sikap Tengku Haidar yang tidak mengendahkan tanggungjawabnya sebagai seorang pemangku raja. Manakala, Naema memberanikan diri untuk memulakan perbualan dengan Butang. Ini sedikit sebanyak menggembirakan Butang yang memang menyimpan perasaan terhadap Naema. Tengku Adnan pula terus diburu oleh bayangan manusia misteri yang masih belum dikenal pasti tujuan nya menakut-nakutkan Tengku Adnan dengan sejarah-sejarah silamnya. Namun, dia telah menerima MMS yang mengandungi gambar Zoela. Tengku Adnan semakin keliru kerana dia tidak kenal siapa Zoela. Dalam masa yang sama dia mengesyaki Zohara berlaku curang dibelakangnya sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mengekori Zohara. Tushee juga mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tindak tanduk ibunya, Zohara. Penilaian Anda
-
iqa
mlm td tg haidar wat lawak lak ngan bonda permaisuri n ayahanda sultan..org tgh murka ,dia lak leh wat lawak.
lg lawak c husin kenakan zoela.bahaya tol zoela keja ngan husin.asik kena buli.mentang2 zoela keja under dier.sebelum zoela keja ngan dier,dorang asik gado...kes balas dendam la nie...
br tau betapa jaat giler c zohara.rupenye dier memang nak harta tp cara yg x diduga.ader organisasi sendirik tuk hancurkan tg adnan. c tg adnan terkejut ngan sikap sebenar zohara.aku terkezut sape la keksih zohara 2.pasti tg majeed.
tetibe lak c tasha berangan nak jd paris hilton...x sesuai gi2.ingatkan tasha jaat kat zoela .rupenye 2x5 ngan mak dier...
27 Februari 2008 02:15 PM -
Ed
aku sangat suka dengan karektor tuanku dan permaisuri... boleh? lawak dan rilek... huhuhuhu... dan aku sangat suka dgn mood-switching scene tengku haidar dan tuanku dan permaisuri....
dan aku rasa zoela tak tahu lagi kot yang bos dia tu si hussein... dan hussein pun mungkin tak tahu lagi tu si zoela... coz takder lagi scene diorg face off each other...
28 Februari 2008 02:36 AM - Sila log masuk untuk menghantar komen.


