PRODUKSI

Pengarah: Sharulezad Mohameddin.
Dikemas kini kali terakhir: 25 Ogos 2009
-
Episod 5 - Siaran: 04 Mac 2008 (TV3)
Episod 58.0/100 hit.Amaran: Sinopsis ini mengandungi spoiler.
Selepas Tengku Adnan mendapat tahu Zohara terlibat dengan pakatan sulit untuk merampas harta miliknya malah mempunyai hubungan luar dengan lelaki lain, dia cuba memberitahu peguam yang menguruskan hartanya, Tania untuk menguruskan semua harta bendanya termasuk mencari warisnya, Zoela. Butang muncul di pejabatnya memecahkan segala misteri yang menghantui Tengku Adnan selama ini. Butang mendedahkan bahawa Zoela adalah anak kepada Tengku Adnan dan Sarimah yang dicari selama ini. Dia juga mendedahkan bahawa Butang merupakan anak luar nikah kepada Tengku Adnan. Tengku Adnan merasa terkejut dengan pendedahan itu. Butang juga menyampaikan berita sedih bahawa Sarimah sudah meninggal selepas tidak tahan menanggung penderitaan ditinggalkan.
Kejadian yang tidak diduga berlaku. Butang dengan tidak sengaja melepaskan tembakan kepada Tengku Adnan. Ini menyebabkan Butang diburu perasaan takut dan bersalah. Dia melarikan diri dan cuba untuk tidak bertanggungjawab terhadap kematian Tengku Adnan.
Berita kematian Tengku Adnan mengejutkan banyak pihak terutamanya pihak istana negara Inderapura. Zohara terus berpura-pura menunjukkan kesedihan terhadap kematian Tengku Adnan di hadapan kerabat di-raja Inderapura terutamanya di hadapan Bonda Permaisuri dan Bonda Rania. Tasha pula hampir tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya terhadap kemangkatan Tengku Adnan. Dia cuba menggoda Tengku Haidar semasa majlis berkabung di Istana Inderapura.
Manakala Tengku Haidar tidak menyenangi kemunculan Puteri Rania. Pertengkaran kecil berlaku di antara Tengku Haidar dan Puteri Rania. Puteri Rania cuba memaksa Tengku Haidar untuk memegang takhta kerajaan Inderapura sedangkan Tengku Haidar sebaliknya. Ini kerana Puteri Rania ingin menjadi Permaisuri negara Inderapura. Namun disebalik pertengkaran itu, Tengku Haidar dan Rania berjaya mengaburi tetamu terhadap perhubungan mereka.
Dalam masa yang sama, Sultan Malik cuba memujuk Tengku Majid untuk mewarisi takhta kerajaan Inderapura.
Hussein dan Zoela pula akhirnya bertemu muka. Zoela cuba melarikan diri menyangkakan Hussein akan menghalau dia dari bekerja di bengkel milik Hussein. Namun, perkara yang sebaliknya pula berlaku. Hussein mahu Zoela terus bekerja di situ.Penilaian Anda
-
iqa
episod nie la yg aku suke part tg haidar ngan puteri rania gado...mcm kucing n anjing ....pas2 zoela wat lawak ngan bosnye...pas tau kasut yg dier baling telh disimpan oleh hussien..
31 Mac 2008 04:23 PM -
Ed aku pun suka part tengku haidar gaduh dengan puteri rania... sangat best dan sangat sweet... huhuhuhu...
04 April 2008
- Sila log masuk untuk menghantar komen.


