OST Ramadhan Terakhir
Anda sedang mendengar:
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku
Dari Runut Bunyi:
Ramadhan Terakhir

PRODUKSI

Sindarela (2008)
Pengarah: Sharulezad Mohameddin.
Dikemas kini kali terakhir: 25 Ogos 2009

  • Episod 6 - Siaran: 11 Mac 2008 (TV3)
    Episod 6
    5.5/10
    0 hit.
    Amaran: Sinopsis ini mengandungi spoiler.

    Hussein merasa terkilan dengan sikap Ayu. Ayu semakin susah untuk didekati. Hussein menunjukkan protes terhadap Ayu kerana Ayu mungkir janji. Dia melepaskan semua kekeliruan dan perasaan yang terpendam itu kepada Zoela. Zoela cuba membantu sebaik boleh.

    Daniel, bos kepada Ayu pula cuba meracuni pemikiran Ayu supaya dia dapat memiliki Ayu.

    Zoela berjaya menghantar kerja rumah yang dibuat oleh orang lain kepada pensyarahnya melalui tipu helah. Dia telah mengupah orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya.

    Butang dihantui dengan perasaan bersalah di atas kematian Tengku Adnan sehinggakan dia mengalami halusinasi dan hampir histeria. Dia hampir-hampir mencederakan Naima. Naima pula cuba memulangkan buku yang ditinggalkan oleh Butang semasa mereka bertemu di bawah tangga. Akhirnya, Naima berjaya berkenalan dengan Butang walaupun situasi sangat janggal.

    Zohara dengan ditemani Tengku Majid, Tasha dan Tushee berjumpa dengan Tania, peguam yang menguruskan harta Tengku Adnan. Tasha berasa gembira kerana cita-citanya untuk mewarisi harta benda Tengku Adnan semakin terlaksana. Tushee merasa terkejut apabila mendapati Zohara dan Tengku Majid berdua dalam keadaan yang sangat mencurigakan.

    Tania pula berjaya mendapatkan lokasi Zoela. Lantas dia terus menuju ke lokasi tersebut. Dia membawa berita yang sangat mengejutkan Zoela dan orang di sekelilingnya. Berita itu bukan sahaja mengubah kehidupan Zoela, malah orang-orang disekelilingnya.

    Zoela adalah seorang puteri raja.
    Penilaian AndaMasukkan Ulasan Anda
  • iqa bongok la daniel 2....ingatkan dier ckp g2 sebab dier nak ayu focus pd career tp sebaliknya berlaku. ayu lak lg la,x leh nak wat keputusan sendirik...memang la sukar,tp kena pikirla yg terbaik tuk dier...dan pilihan i2 x sakiti hussien. 31 Mac 2008 04:34 PM
  • Sila log masuk untuk menghantar komen.