OST Ramadhan Terakhir
Anda sedang mendengar:
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku
Dari Runut Bunyi:
Ramadhan Terakhir

PRODUKSI

Sindarela (2008)
Pengarah: Sharulezad Mohameddin.
Dikemas kini kali terakhir: 25 Ogos 2009

  • Sinopsis
    Pernahkah anda membayangkan kehidupan anda akhirnya bahagia seperti puteri Cinderella dalam cerita dongeng? Kesusahan dan keperitan hidup akhirnya bertukar menjadi kesenangan dan kesejahteraan untuk selama-lamanya. Benarkah keajaiban benar-benar boleh berlaku di dalam dunia realiti? Seperti cerita-cerita dongengan tipikal ini, kami bawakan satu definisi baru sebuah cerita dongeng, Sindarela. Kisah berlaku jauh di negara Inderapura.

    Kisah berlaku di sekitar kehidupan seorang gadis lasak, Zoela (Sharifah Amani) di tengah-tengah dua jejaka, Hussein (Bront Palarae) dan Tengku Haidar (Remy Ishak). Tajuk drama bersiri ini diambil dari 3 watak penting ini, Sin (Hussein), Dar (Tengku Haidar) dan Ela (Zoela). Dari kehidupan seorang anak tiri yang hidup melarat kepada kehidupan seorang puteri, Zoela tidak pernah membayangkan kehidupannya akan berubah dengan serta merta hanya dengan kemunculan seseorang yang tidak dijangka. Zoela tidak pernah menyangka keajaiban itu benar-benar boleh terjadi.

    Ikuti kehidupan Zoela, seorang gadis genit gotik yang lasak dan kasar yang sentiasa menjadi mangsa penganiayaan ibu tirinya, Mak Cik Mary dan adik tirinya, Faizul. Di temani oleh rakan baiknya, Naema (Noorkhiriah) dan Butang (Isma Yusoof). Dunia Zoela bertukar sekelip mata. Namun keajaiban tidak semestinya menyeronokkan. Kini dia terpaksa berdepan dengan orang-orang baru yang amat asing dalam hidupnya seperti Zohara (Ifa Raziah), Tasha (Wan Sharmila), Tushee (Iera Syaziera), dan Ayu (Sharifah Sofea). Siapakah mereka di dalam dunia baru Zoela?

    Apa pula kaitan Zoela dengan kerabat diraja kerajaan Inderapura seperti Puteri Rania (Nadia 'Luscious' Aqilah), Tengku Adnan (Mustapha Kamal) dan Tengku Majid (Zazly) sehingga membabitkan Tuanku dan Tuanku Permaisuri?

    Yang pasti, Sindarela bukanlah sebuah cerita dongeng tipikal seperti yang anda sedia ketahui. Jangan terlepas peluang mengikuti kisah romantik komedi penuh drama dan fantasi ini setiap Selasa, 9 malam melalui slot Lestary, hanya di TV3. Jika anda tertinggal mana-mana episod, segera lawati laman web TV3 dan tontonlah secara online, bila-bila masa, di mana saja anda berada.