PRODUKSI

Pengarah: Shahrulezad Mohameddin.
Dikemas kini kali terakhir: 06 September 2009 06:24 AM
- Senarai Episod
-
Episod 1 - Siaran: 25 Ogos 2009 (TV3)
Pilot7.3/10.0Episod pertama ini akan menyorot kehidupan Tirana di Singapura. Percintaan Tirana dan Ash mendapat halangan dari bapa Tirana. Ash tidak sanggup menahan perasaan rindu pada Tirana sehingga memaksanya untuk pulang ke Singapura untuk bertemu Tirana. Dia menyimpan harapan untuk melamar Tirana. Namun, hasrat Ash mendapat tentangan hebat dari pihak yang sedang menaikkan nama dan populariti Ash. Tirana dan Ash bertemu semula. Tirana merasa teruja dan gembira tanpa sedikit pun menyangka pertemuan ini mungkin yang terakhir. Penilaian Anda -
Episod 2 - Siaran: 01 September 2009 (TV3)
Tirana Kena Tumbuk?7.5/10.0Perhubungan antara Tirana dan Ash sudah berakhir. Maka Tajuddin, ayah Tirana memaksa Tirana untuk pergi ke United Kingdom. Namun, Tirana berjaya melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan bantuan Ryan, lelaki yang telah dipasangkan dengan Tirana semenjak mereka kecil lagi menurut perjanjian keluarga Tirana dan keluarga Ryan. Tajuddin, ayah kepada Tirana langsung tidak tahu pasal hal ini. Ini merupakan satu kejutan yang besar buat rakan baik Tirana, Opie dan Jijie apabila tanpa mereka sangka, Tirana mendaftar masuk universiti yang sama dengan mereka. Kehidupan baru ini sangat mengujakan Tirana apabila dia mendapati rupanya kumpulan tarian Chika belajar di universiti yang sama. Manakala Chika dan Neo pula bertengkar apabila Neo mendapati Chika berlaku curang dengan rakan satu kumpulan tarian dengan mereka, Ali. Pertengkaran menjadi lebih teruk apabila mereka turut bergaduh semasa latihan tarian. Penilaian Anda -
Episod 3 - Siaran: 08 September 2009 (TV3)
Tirana Dan Teman Lelaki Tua5.5/10.0Pergaduhan antara Neo dan Chika menyebabkan perhubungan mereka terputus. Insiden itu juga memberi peluang kepada Tirana untuk mengenali Liza dan Cik Yasmin. Tirana menyuarakan keinginannya untuk menyertai kumpulan tarian dibawah tunjuk ajar Cik Yasmin. Tirana turut menyuarakan kepada Chika untuk menyertai kumpulan tarian Chika. Jojie dan Opie meragui kebolehan Tirana dalam bidang tarian. Tirana berpindah kerumah datuknya yang sudah lama tidak berjumpa. Manakala Ash kembali ke Singapura, dia cuba untuk berjumpa dengan Tirana, namun hampa kerana menurut ayah Tirana, Tirana sudah selamat tiba di United Kingdom untuk menyambung pengajian. Bagaimanapun, Neo dan Ali berbaik semula. Penilaian Anda -
Episod 4 - Siaran: 15 September 2009 (TV3)
Tirana Dan Perang Antara Neo dan Chika7.0/10.0Tirana terserempak dengan Neo di tasik berdekatan rumah datuknya. Namun, Tirana hampir terjatuh ke dalam tasik kerana ditolak oleh Neo tanpa disengajakan. Insiden ini menyebabkan pergaduhan antara Tirana dan Neo menjadi lebih teruk. Opie dan Jijie merasakan peluang Tirana untuk menyertai kumpulan tarian Chika semakin tipis jika Tirana terus mencari pasal dengan Neo. Neo pula mengalami masalah kewangan sejak berpisah dengan Chika. Namun kerana ego, dia bertindak untuk cuba membuat Chika cemburu dengan memperkenalkan seorang gadis baru. Chika pula dalam masa yang sama cuba membuatkan Neo cemburu dengan membawa seorang lelaki lain semasa kelas tarian. Ini menimbulkan kekecohan di antara Neo, Chika dan lelaki baru tersebut. Namun kekecohan itu akhirnya mengembalikan semula perhubungan Neo dan Chika. Makcik Isabella merasa tidak senang dengan pertemuan tidak disangka-sangka dengan Mohsen, datuk kepada Tirana. Penilaian Anda -
Episod 5 - Siaran: 29 September 2009 (TV3)
Tirana Kena Tumbuk Lagi?8.0/10.0Tiada sinopsis direkod. Penilaian Anda -
Episod 6 - Siaran: 06 Oktober 2009 (TV3)
Episod 60.0/10.0Tiada sinopsis direkod. Penilaian Anda -
Episod 7 - Siaran: 13 Oktober 2009 (TV3)
Episod 70.0/10.0Tiada sinopsis direkod. Penilaian Anda -
Episod 8 - Siaran: 20 Oktober 2009 (TV3)
Tirana, Angan-angan dan Kerinduan8.0/10.0Ash cuba menafikan hubungan dia dan Tirana semasa ditemuramah oleh pemberita sehinggalah pemberita tersebut menunjukkan gambar Ash sedang melutut melamar Tirana. Vee muncul tepat pada masanya untuk menyelamatkan keadaan. Chika tidak puas hati kerana Tirana menggigit tengkuknya. Liza cuba menyebelahi Tirana kerana Chika tidak membuat pengumuman tentang keputusan had penyertaan pertandingan tarian tersebut, namun menyerah kalah apabila Chika menghina ayahnya. Ali cuba memujuk Liza namun dikejutkan dengan kata-kata Liza bahawa dia mengetahui rahsia tentang Chika dan keluarganya. Neo cuba untuk meminta maaf dari Tirana atas perkara yang telah berlaku bagi pihak Chika. Tetapi Tirana melepaskan geram padanya pula. Jojie dan Opie merasakan ada konspirasi berlaku disebalik keputusan mengejut mengenai had penyertaan pertandingan tarian tersebut. Semua ini mengakibatkan perbalahan antara Jojie, Opie dan Tirana dengan Chika dan Neo yang berlaku tanpa disangka-sangka ditengah-tengah lampu isyarat. Penilaian Anda


