OST Ramadhan Terakhir
Anda sedang mendengar:
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku
Dari Runut Bunyi:
Ramadhan Terakhir

PRODUKSI

Tari Tirana (2009)
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin.
Dikemas kini kali terakhir: 06 September 2009 06:24 AM

  • Episod 8 - Siaran: 20 Oktober 2009 (TV3)
    Tirana, Angan-angan dan Kerinduan
    8.0/10
    1 hit.
    Ash cuba menafikan hubungan dia dan Tirana semasa ditemuramah oleh pemberita sehinggalah pemberita tersebut menunjukkan gambar Ash sedang melutut melamar Tirana. Vee muncul tepat pada masanya untuk menyelamatkan keadaan. Chika tidak puas hati kerana Tirana menggigit tengkuknya. Liza cuba menyebelahi Tirana kerana Chika tidak membuat pengumuman tentang keputusan had penyertaan pertandingan tarian tersebut, namun menyerah kalah apabila Chika menghina ayahnya. Ali cuba memujuk Liza namun dikejutkan dengan kata-kata Liza bahawa dia mengetahui rahsia tentang Chika dan keluarganya. Neo cuba untuk meminta maaf dari Tirana atas perkara yang telah berlaku bagi pihak Chika. Tetapi Tirana melepaskan geram padanya pula. Jojie dan Opie merasakan ada konspirasi berlaku disebalik keputusan mengejut mengenai had penyertaan pertandingan tarian tersebut. Semua ini mengakibatkan perbalahan antara Jojie, Opie dan Tirana dengan Chika dan Neo yang berlaku tanpa disangka-sangka ditengah-tengah lampu isyarat.
    Penilaian AndaMasukkan Ulasan Anda
  • Ed suka scene gaduh kat trafik light... hehehe... 20 Oktober 2009 11:57 PM
  • Sila log masuk untuk menghantar komen.